Friday, April 18, 2008

KALAU SUATU HARI NANTI

Kalau suatu hari nanti
Aku tiba-tiba membisu
Adalah kerana aku merasakan
Kata-kata sudah tidak bererti lagi
Dan mimpi pun sudah mati

Kalau suatu hari nanti
Kita terpaksa berpisah
Itu lah kemalangan
Sebuah takdir
Yang tidak pernah
Aku pintakan

Tapi kalau sebelum suatu hari itu tiba
Kita telah terlebih dahulu berpalingan
Hanya akan ku salahkan diri
Yang selalu menginginkan
Lebih dari yang diberi

Dan jika engkau mungkin merasa
Itu satu kekejaman
Tanyalah hati
Yang sering payah
Dan tidak mahu mengerti

No comments: