Monday, April 14, 2008

PASTIKAN ia nya HALAL - SMS jerw !

Sebagai Muslimin & Muslimat yang sejati, sudah tentu kita akan sentiasa menjaga amalan ibadah serta cara hidup harian seperti makan minum, pemakaian dan batasan pergaulan supaya tidak bercanggah dengan hukum syariat.
Hal-hal berkaitan halal-haram sesuatu makanan atau minuman itu sudah pasti menjadi perkara utama kita. Dan alhamdulillah, teknologi juga kini telah banyak memudahkan kita menjalani liku-liku hidup yang penuh dengan pancaroba ini. Salah satu nya ialah teknologi SMS HALAL JAKIM. Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat halal khususnya bagi Muslimin & Muslimat.
Dengan adanya sistem ini, pengguna telefon bimbit boleh membuat semakan terus kepada JAKIM berkenaan makanan, premis makanan yang mendapat sijil halal JAKIM. Bagaimana menghantar SMS Halal JAKIM? Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Untuk menyemak, sila taip : HALAL [nombor barcode produk]
Contoh : HALAL 9551234567891 dan hantar ke 32728 atau DAPAT
Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada JAKIM mengenai status semakan anda. Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah
Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh
Sekiranya maklumat tersebut tiada di JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai
Perlu diingatkan bahawa, "Tiada Dalam Senarai" tidak semestinya bermaksud produk itu haram. Ia mungkin masih berada "dalam proses" permohonan mendapat sijil halal, ataupun mungkin pihak pembekal produk itu tidak berminat untuk memohon status halal.
Walaubagaimanapun, sebagai pengguna kita mesti lah sentiasa berhati-hati. Ingatlah bahawa setiap makanan & minuman yang kita ambil itu akan menjadi darah daging kita ... dan ahli keluarga kita ! Wallahu a'lam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb JAKIM di : http://www.halaljakim.gov.my

No comments: