Wednesday, May 28, 2008

My HAJ 1993 Itinerary

I was doing some "spring cleaning" at home recently when I found this 2 piece A4-paper in between a stack of photo albums. It was an itinerary of my Haj when I went there in 1993 with my Mama (HJH KAMARIAH HJ ABD HAMID). The following is the content of the itinerary which highlighted all the things I did and went thru then :

HAJI TAMATTUK (1993) = buat umrah dahulu daripada haji (dalam bulan haji) dalam tahun yang sama.

No KT : KT 81 Pakej Amin Rawa
Kumpulan : RBK 040/03
No Paspot Haji : 532785
No Bas : 402

Penginapan :
Makkah (Room 306 Marzuki Hotel)
Madinah (Room 712 Shobra Hotel)
Mina (H01 Khemah)

LOKASI : Di rumah (Kota Bharu) 21/05/93 Jumaat 29 Zulkaedah
- kerat kuku, trim rambut, bulu dsb
- solat sunat musafir 2 rakaat
- doa#1 sesudah solat sunat musafir
- azan semasa keluar rumah
- doa#2 ketika keluar rumah
- doa#3 menaiki kenderaan

LOKASI : Di Kelana Jaya 22/05/93 Sabtu 30 Zulkaedah
- mandi sunat ihram, pakai pakaian ihram & bau-bauan
- solat sunat ihram 2 rakaat
- flight MH 4190 0730 hrs

LOKASI : Dalam pesawat
- doa#4 ketika pesawat berangkat
- niat ihram umrah di Miqat – Qarnul Manzil atau sebelumnya
- “Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”
- meninggalkan larangan dalam ihram sehingga selesai Tahallul
- lakukan perkara sunat dalam ihram, banyakkan Talbiah

LOKASI : Di Jeddah
- dari airport, setelah berehat, bertolak ke Mekah dengan bas

LOKASI : Di Mekah
- doa masuk kota Mekah
- doa#5 masuk Masjidil Haram
- doa#6 pertama kali melihat Kaabah
- doa#10 memulai tawaf
- Tawaf Umrah mula dipenjuru H/Aswad, arah menentang jam (Baitullah disebelah kiri bahu), 7x keliling, berakhir dipenjuru H/Aswad
- “Sahaja aku tawaf Baitullah Al Haram 7 keliling Tawaf Umrah kerana Allah Taala, maka permudahkanlah kepada ku dan terimalah dari ku”
- Doa#11 dihadapan pintu Kaabah
- Doa#12 sampai di Rukun Iraqi
- Doa#13 sampai di Pancuran Mas
- Doa#14 sampai di Rukun Syami
- Doa#15 sampai di Rukun Yamani
- Doa#16 diantara R/Yamani dengan H/Aswad
- Doa#17 dikawasan H/Aswad
-
- Selepas tawaf : buat perkara sunat selepas tawaf seperti solat sunat tawaf 2 rakaat, afdhalnya dibelakang Maqam Ibrahim, doa#18 di Multazam, minum air zam-zam, doa#21
-
- Saei umrah
- “Sahaja aku saei umrah antara Safa dan Marwah 7x kerana Allah Taala”
- Doa#23 permulaan saei
- Disepanjang saei, sunat baca doa saei, terutamanya doa#24 antara dua tiang hijau
-
- Selepas tawaf umrah dan saei umrah, jemaah boleh bertahallul umrah dengan bercukur
- Dengan ini maka selesailah ibadah umrah, boleh tanggalkan pakaian ihram serta bebas pantang larang
-
- Sementara menunggu 8 Zulhijjah, buatlah tawaf sunat dan solat sunat tawaf 2 rakaat, sebanyak mungkin

30/05/93 Ahad 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah)
- bertolak ke Arafah (sebelum bertolak hendaklah berihram, afdhal untuk niat Ihram Haji dalam kawasan kota Mekah – di pintu rumah kediaman, selepas solat sunat ihram)
- “Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengan nya kerana Allah Taala”
- Doa#25 dalam perjalanan ke Arafah
- Baca Talbiah banyak2

LOKASI : Di Arafah 31/05/93 Isnin 9 Zulhijjah
- wukuf di Padang Arafah
- antara lepas gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah
- Doa#26 bacaan wukuf
- Doa#27 ketika mula-mula melihat Jabal Rahmah
- Doa#28 Nabi SAW ketika wukuf
- Dengar khutbah wukuf – berjemaah zohor, talbiah, istighfar, zikir, doa, baca Quran banyak2
- Doa#29 wirid & amalan sewaktu wukuf
- Doa#30 Arafah
- Lepas maghrib bertolak ke Muzdalifah, sunat untuk Jamak Ta’akhir solat Maghrib dalam waktu Isyak di Muzdalifah
- Doa#31 dalam perjalanan menuju Muzdalifah
- Doa#32 sewaktu melintasi wadi AlMuhassir/Annar
- Doa#33 ketika memasuki Muzdalifah

LOKASI : Di Muzdalifah
- malam 10 Zulhijjah mabit di Muzdalifah – berada / bermalam seketika selepas separuh malam
- mengutip anak batu (70 biji sebesar kacang kuda) untuk melontar di Mina
- Doa#34 semasa bermalam di Muzdalifah
- Doa#35 ketika memasuki Mina

LOKASI : Di Mina (1-2-3-4/06/93 Sel-Rab-Kha-Jum 10-11-12-13 Zulhijjah)
- pagi 10 Zulhijjah – melontar di Jamratul Aqabah (7 biji afdhal waktu Dhuha)
- Doa#37 ketika melontar Jamrah
- Selepas melontar, keluar dari kumpulan orang ramai dan baca doa #37 sesudah melontar Jamrah
- Qurban – Tahallul Awal – bercukur rambut – boleh pakai pakaian biasa dsb kecuali mengadakan seks dan kahwin … sehingga Tahallul Thani
- Doa#38 ketika bercukur
- (NOTA: Jika ada kemudahan, boleh ke Mekah untuk tawaf & saei, jika tidak, duduk sajalah dikhemah & buat kerja2 wajib haji di ketiga2 hari Tasyriq ini)
o 11-12-13 Zulhijjah
o Bermalam untuk 2-3 hari bagi melontar berturut2 di J/Ula-J/Wustha-J/Aqabah
§ 7 biji x 3 Jamrah x 3 hari = 63 biji
§ Waktu melontar selepas zohor
- Bertolak ke Mekah

LOKASI : Di Mekah
- Tawaf Haji / Ifadhah
- “Sahaja aku Tawaf Baitullah AlHaram 7x keliling, tawaf haji kerana Allah Taala, maka permudahkanlah kepada ku & terimalah dari ku”
- Tunaikan Saei
- “Sahaja aku saei haji antara Safar dan Marwah 7 x kerana allah Taala”
- NOTA: Dengan ini maka sempurnalah Tahallul Thani (terlepas dari semua larangan dalam ihram)
- SEMPURNA lah HAJI TAMATTUK
-
- Untuk Umrah, keluarlah ke Tanah Halal seperti Jaaranah (22 km dari Masjidil Haram – afdhal) atau Tanaim (5 km dari Masjidil Haram), jatuhkan niat ihram untuk umrah.
- “Sahaja aku niat ihram untuk umrah kerana Allah taala”
- Kemudian masuk semula ke Kota Mekah untuk Tawaf Umrah, Saei Umrah, bercukur

- seterusnya banyakkan tawaf sunat, umrah, lihat wajah Kaabah, iktikaf dalam masjid, baca Quran, solat berjemaah, bersedeqah

- bila2 masa sebelum meninggalkan Kota Mekah untuk kali terakhir, buatlah Tawaf Wida’

o Doa#39 Tawaf Wida’
o Solat sunat 2 rakaat
o Doa#40 terakhir sesudah T/Wida’ di Multazam
o Kemudian terus ke kenderaan untuk ke Madinah/Jeddah

LOKASI : Di Madinah
- Doa#41 masuk kota Madinah
- Menjelang pulang ke tanah air, habiskan waktu dengan banyak beribadat, beristighfar dan berziarah
- Doa#42 masuk Masjid Nabi
- Doa#43 salam kepada Rasulullah
- Doa#44 salam kepada Abu Bakar
- Doa#45 salam kepada Umar
- Doa#46 di Raudhah masjid An-Nabawi
- Doa#47 wada’ dengan Rasulullah

LOKASI : Di Jeddah (01/07/93 Khamis 11 Muharram)
- Kaaia Airport @ 0630 hours

LOKASI : Di Subang (02/07/93 Jumaat 12 Muharram)
- Flight MH 4481 Terminal 1 @ 0815 hours

- Tiba di Kota Bharu (Kubang Kerian)

NOTE : The Doa mentioned above are referring to the Doa in the BUKU DOA provided by Tabung Haji to all pilgrims registered with them.

No comments: