Monday, August 24, 2009

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak 1430H

Assalamualaikom to all readers of my blog, I wish u all the best of health & iman.

Pejam celik pejam celik, alhamdulillah kita dah masuk bulan Ramadhan lah pulak. In fact kita patut bersyukur banyak2 kpd Illahi kerana dengan izin Nya kita dianugerahkan nikmat utk terus bernafas & memberi kita satu lg peluang utk bertemu Ramadhan sekali lg tahun ini.

Sejak kebelakangan ini, satu demi satu cubaan (bala ?) Allah lontarkan kepada kita sebagai peringatan utk kita bertaubat & kembali ke jalan yang benar. Belum lagi settle dgn H5N1 kini dah ada H1N1 (selsema babi) ... tu lah Islam tak bagi makan babi, nak makan babi jugak !

Tetiba saja kita tengok ramai rakyat Malaysia jadi doktor bedah ! Kehulu kehilir memakai clinical face mask, tak kira lelaki perempuan, tua muda ... Namun masih ada lagi yang belum sedar. Masih lagi nak bergelumang dengan maksiat & membuat mungkar di muka bumi Allah.

Jika diteliti betul2, ramai jugak antara rakan kenalan & sahabat handai yg "kurang bernasib baik", atau dah terlebih dahulu "pergi" / kembali ke rahmatullah. So kita yg masih lg diberi ruang utk terus hidup nih, jgn lah membiarkan masa & peluang berharga ini berlalu dgn begitu sahaja.

Ramadhan adalah bulan tarbiah utk kita menjadi insan & hamba yg lebih baik - yang lebih amanah. Malah, bukan setakat Ramadhan sahaja, bila habis Ramadhan nanti kita kenalah istiqomah supaya amalan2 baik yg kita dah lakukan dlm Ramadhan ini berterusan sehingga ke akhir hayat kita.

Ia merupakan bulan latihan utk kita menjadi insan yg lebih beramanah. Ada dari kalangan kita yg menjadi warak dlm bulan Ramadhan sahaja, lepas tuh back to square one ... Jangan lah kita samakan takut kita kpd Allah sama dgn takut kita kpd polis.

Bila nampak polis dihadapan, awal2 lagi sudah ditekan brek utk slowdown kenderaan, terus transform menjadi warak & bersopan santun. Tapi bila polis dah tak ada, pedal minyak ditekannya habis2an ... bukan saja lampu merah yg dilanggar, tapi dgn tiang2 lampu isyarat dilanggarnya sekali ! MasyaAllah.

Ramadhan adalah bulan bonus. Setiap amalan baik yg kita lakukan akan digandakan pahalanya. Buat satu dapat 10, buat 1 dpt 700, buat 1 dpt 1000 ! Amat rugi lah kalau kita tidak gunakan peluang ini utk top-up kredit pahala kita.

Lagipun tahap iman kita nih tak kekal. Kekadang ia menaik kekadang ia menurun - bergantung kpd amalan kita. Sbb itu lah kita kena sentiasa berusaha utk maintain supaya level iman kita sentiasa ditahap yg tinggi - utk melayakkan kita masuk ke syurga Allah.

Jadikan lah KPI (Key Performance Indicator) puasa kita kali ini sebagaimana maksud ayat "... la'allakum tattakuun" (semoga diakhir nanti kamu bertakwa). Itu janji Allah kepada mereka yang berpuasa.

So bila akhir Ramadhan nanti, kalau nak tahu samada amalan kita diterima Allah atau tidak, kita mestilah evaluate secara ikhlas samada kita dah jadi org yg bertakwa atau lebih bertakwa atau tidak. Itu jer kalau nak tahu samada KPI puasa kita tercapai atau tidak ...

Sempena bulan Merdeka ini, gunakanlah ibadat puasa ini untuk memerdekakan diri kita dari belenggu nafsu seperti nafsu makan berlebihan, belanja berlebihan dsbnya ...

Lastly, grab these golden opportunities utk menambahkan ibadah kita ... Selain berpuasa, perbanyakkan lah tarawikh, tahajjud & tilawah. Marilah kita ingat-mengingati antara satu sama lain utk menambahkan kebajikan & menjauhi perkara2 maksiat & mungkar.

Of course, nak buat semua amalan ni bukan perkara yang mudah, especially bagi yang tak pernah atau yang baru nak berjinak2 dengan solat & puasa. Anyway, we should not give any excuses. Ramadhan datang hanya sekali setahun. Dan tahun hadapan belum tentu lagi kita masih hidup atau tidak. Setiap hari kita semakin dekat dengan kubur.

Dalam usaha kita mengejar rahmat, kemaafan serta pembebasan daripada api neraka pada bulan Ramadhan yang hanya datang sekali setahun saja ni, kita ibaratkan lah ia seperti mendaki gunung yang tahap pertamanya mudah, tahap kedua semakin mencabar dan seterusnya bertambah susah apabila dah dekat utk mencapai ke puncak.

Tetapi apabila kita dah berjaya menakluki puncak gunung tersebut, kepuasan yg dirasai amat sukar digambarkan. Begitulah juga perasaan yg bakal dilalui dan dirasai oleh mereka yang tekun berhempas-pulas menjalani ibadat puasa dan amalan2 lain dalam usaha utk menemui malam Lailatul Qadar.

Akhir kalam, Selamat Berpuasa to all my Muslim brothers & sisters, local & abroad - esp to my students. Semoga segala amal ibadah kita diredhoi Nya, serta memperolehi keampunan & terlepas dr azab api neraka. Anggaplah Ramadhan ini sbg Ramadhan yg terakhir bagi kita ... InsyaAllah kita akan mengerjakannya dgn lebih bersungguh2 & khusyuk ;)

Wallahu a'lam.

2 comments:

Zara Zaidi said...

Salam Sir,

Lama kitaorg tunggu sir update your blog.....

Anyway, salam Ramadhan from me and Zaidi. Hope we will get the best Ramadhan ever...

Wassalam.....

My Stories and Me said...

Salam Ramadhan to you and family too. Today I am in the mood to read blog again but still trying to find my mood to write. Semenjak cuti "paksa" berkaitan swine flu hari tu, terus tak update blog. Hopefully lepas ni mood datang kembali. Selamat berpuasa dan berbuka. Maaf segala kesilapan saya yang lalu. MM, KPTM Ktn.