Monday, September 14, 2009

The Malaysian-Indonesian Spat

When the spat (brief argument) between Indonesia & Malaysia begins a couple of weeks ago, I thought I just want to keep quiet. Taking the stance to just wait & see what happens next... till today. Tetiba jer saya rasa mcm terpanggil utk memberi sedikit respon / komen mengenai nya.

First & foremost, I rasa menda nih tak seharusnya berlaku pun. Kita dah hidup berjiran ni lama dah - sejak berkurun-kurun lamanya. Banyak perkara yang common antara kita. Serumpun lah katakan. The sad thing is that it happened during the Holy Month of Ramadhan ... Let me ask this question : Mana dah pergi our spirit of Ramadhan ?

Kita nih (tak kira lah Malaysian or Indonesian) rata2 mmg ramai dari keturunan darah panas. Jenis gedebe. Jadi sbb tu lah ada yang cepat melenting, w/pun isu nya tak seberapa. Bagi saya, walaupun ciri2 gedebe ini penting & harus ada dalam diri kita, tetapi ia mesti lah within control.

Sifat sebegini is nothing to be proud of. Kekadang kita rasa kita dah cukup gedebe, mencabar orang itu dan ini. Tetapi kita lupa yang orang lain pun ada yang sama gedebe atau lebih gedebe daripada kita. So there's no end to it.

Sebaik2 nya kita kena sama2 banyak bersabar, be more understanding of each other. What more negara kita nih terkenal dengan mempunyai jumlah penganut Islam yang teramai ...

Elakkanlah kerja cabar-mencabar nih. To me, such provocation is just a reflection of how shallow our mind is. It shows lack of knowledge & understanding on the shared similarities of culture & values that both our countries have.

Kita perlu ingat bahawa rakyat Malaysia ada di Indonesia. Rakyat Indonesia pun ada di Malaysia. Zaman2 dahulu kala mana ada border antara negara. Manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat ikut suka hati saja. And when they move around, they bring along their culture & values ...

Mungkin ada penghijrahan itu berlaku atas dasar mencari kerja (rezki), ada yang atas sebab untuk mencari ilmu (belajar), dan pelbagai lagi. Malah tidak kurang juga yang sudah berkahwin dengan orang tempatan, sudah beranak pinak sampai ke cucu cicit.

I read in a local newspaper recently that there are about 1.8 million Indonesians in Malaysia today. Besar jumlah tuh ! Itu belum lagi dicampur dengan yang datang tanpa izin (PATI) ... Just imagine, kalau konflik ini tidak dibendung sehingga berlakunya pergaduhan yang menyebabkan kehilangan jiwa dsbnya ... Naudzubillah ! Siapa yang rugi ? For God's sake, we are all brothers & sisters !

Sama2 lah kita fikirkan, siapa yang sedang bersorak gembira apabila perselisihan sebegini berlaku antara kita sesama Muslim ? Syaitan ? Orang2 kafir ? Get what I mean ? Ejen-ejen anti-Islam sangat lah seronok bila umat Islam bergaduh sesama sendiri. Tanya lah diri : Is it worth it - all this fight just over a Pendet dance ?

Sometimes it occured at the back of my mind - pernah tak mereka yang claim Pendet dance ni diorang punya dah mohon sijil IP (Intellectual Property) ? Kalau tak ada (atau belum), maka saya rasa susah lah nak settle pertelagahan ini. There will be no winner.

So to all my Muslim brothers & sisters, sama2 lah kita beristighfar. Let's all keep calm & let our government leaders do their thing to ease the tensions. Don't take any action that might tarnish our good relations. Perbanyakkanlah program2 yang dapat memantapkan lagi cooperation and undertanding between Malaysian & Indonesian people.

Sekarang kita sedang menuju ke arah 1Malaysia, kenapa tidak selepas ini kita ke arah 1Asean pulak ? Why not ? ;)

2 comments:

Family Memoirs said...

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Selalunya kalau ekonomi sesebuah negara tu bagus (kenyang perutlah kan?) rakyatnya kurang nak komplain sana sini, sebab sibuk ngan hal kekenyangan. Tapi bila ekonomi parah (perut pun keroncong) fikiran pun mula melarut. Itulah nampaknya yang terjadi. I am happy to see you more active in writing.

SAS - The Semutar Man said...

Thanks MM. I dah tgok u punya blog ... amboi ! ni dah kira lwn tokey ;) Anyway, I rasa Yasmin sebijik mcm u !