Tuesday, July 22, 2008

Fadilat Bulan REJAB, SYAABAN & RAMADAN

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah menganugerahkan rahmatNya kepada kita serta melanjutkan usia kita sehingga dapat bertemu semula dengan bulan-bulan yang dikurniakan ratusan dan ribuan ganda pahala ibadat yang tiada terdapat pada bulan-bulan yang lain.

Sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. : ‘Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulan ku, dan Bulan Ramadan bulan umatku.’ - (Al-Hadis)

Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan maghfirah (keampunan)
Syaaban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Syaaban bulan muhibbah
Ramadan bulan dilimpahi pahala bagai hujan mencurah

Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Sesunggohnya beruntunglah sesiapa yang mengetahui serta mengambil kesempatan yang masih ada ini, untuk terus beramal dengan penuh iman dan taqwa.

Sebagai peringatan atau referen agar kita tidak terlepas dengan peluang untuk mendapat kelebihan serta kemuliaan bulan-bulan istimewa ini, silalah rujuk kepada kalendar berikut :

REJAB 04 JUL 08 - 02 OGO 08

SYAABAN 03 OGO 08 - 31 OGO 08

RAMADAN 01 SEP 08 - 30 SEP 08

Di samping amalan yang wajib, antara amalan sunat yang digalakkan pada bulan-bulan ini termasuklah :

Tilawah Quran - Solat Sunnat terutamanya diwaktu malam - Bersedeqah - Puasa Sunnat - Istighfar - Zikir - Tasbih - Hadiri majlis ilmu - Mengerjakan umrah.

Jikalau tidak dapat mengamalkan kesemuanya pun tak apa, asalkan janganlah pula kita meninggalkan kesemuanya pula. Buatlah sekadar kemampuan, menurut sejauh mana lemah atau kuatnya iman kita kepada Allah. Yang terpenting ia mestilah dari usaha yang ikhlas dan taqwa terhadap Allah s.w.t.

Semoga amalan-amalam baik ini dapat kita lanjutkan terus sehingga ke bulan-bulan lain, sebagai amalan harian kita. InsyaAllah, sama-sama kita doakan agar kita semua tergolong dalam hamba-hambaNya yang solihin.

No comments: