Tuesday, August 12, 2008

Gunung Tahan melalui Merapoh

Berikut adalah "laporan asal" oleh Ketua Ekspedisi (Sdr Sham Otai) semasa KPTMTREKKERS & wakil2 pelajar dari semua kolej cawangan KPTM (kecuali Batu Pahat) menyertai XPDC Gunung Tahan 6-11 Ogos 2008 sempena sambutan 25 tahun KPTM.
Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Alhamdulillah, sekali lagi kptmtrekkers berjaya membawa student KPTM utk menawan puncak gunung...gunung tahan the highest in Peninsular Malaysia and the toughest in Malaysia. Tahniah juga kepada semua yg telah bertungkus lumus untuk menjayakan xpdc ini...tanpa kalian semua tak mungkin kita semua akan berjaya...

Komen saya takde apa sangat...cuma saya berbangga semuanya dah boleh di panggil pendaki tegar...tak kiralah dari ahli kptmtrekkers termasuklah juga student kptm sendiri. Kerana sepanjang pengalaman saya mendaki saya jarang sekali dapat bertemu pelajar KPTM yg aktif mendaki gunung yg hardcore sepertimana yg telah lama dijalankan oleh IPTA dan IPTS lain. Tapi dgn pencapaian kali ini maka kita telah dapat membuktikan yg student KPTM juga boleh menyaingi student dari IPTA dan IPTS lain bukan setakat dari segi akademik malahan dari segi ko-kurikulum.

So, saya akan start beri komen dari hari pertama hingga ke hari akhir.

Hari pertama

Perjalanan dari Kuala Juram ke Kem Kor...memang agak mudah sedikit sebab bukit2 yg hendak di daki pun tak berapa tinggi...ada 5 sungai yg kena diseberangi...tahap mental student pada hari pertama alhamdulillah...semuanya happy dan enjoy dgn trek...cuma trek yg berhampiran dgn Kem Kor agak mengelirukan...ada yg tersasar dari trek...tapi walau bagaimanapun alhamdulillah tiada yg sesat (boleh rujuk cik cda kita). Orang pertama sampai di kem Kor lebih kurang pukul 4.30 petang dan org terakhir sampai pun +- kul 5.30 ptg.

Hari Kedua

Hari kedua adalah cabaran gunung tahan yg sebenar. Perjalanan dari Kem Kor ke Permatang akan menegak dan memang betul2 mencabar...even saya sekali terasa semput jugak lah nak menyampaikan ke Kem Permatang. Dari Kem Permatang ke Kem Kubang..pendakian masih di teruskan trek masih menegak lagi...banyak trek yg berakar dan trek yg memerlukan kita jadi 'spiderman'. Anyway peserta pertama sampai di Kem Kubang tepat jam 11.15 pagi dan peserta terakhir pada jam 1.50pm.

Memandangkan guide mengarahkan untuk menunggu semua peserta sampai di Kem Kubang agak lama jugaklah perserta terawal menunggu dan berehat tambahan pula angin kat situ kuat kena lak dgn hawa sejuknya...adalah yg buat mcm2 xtvt...panjat pokok ler...poco2 ler...hehehe

selepas semua peserta sampai...peserta yang awal terus memulakan pendakian ke kem belumut...ke kem belumut tak lama amik masa dalam 30 minit aje...sebab jaraknya tak jauh dari kem kubang. tanpa henti rehat kami meneruskan perjalanan untuk ke Kem Bonsai...lagi 5.5 km untuk sampai ke Kem Bonsai...memang sayup dan hampir2 habis nafas nak berjalan...kami berhenti dulu di Bonsai kecil tgk view dulu...dari sini boleh nampak Puncak Tahan.

Selepas berehat lebih kurang 30 minit...kami pun meneruskan perjalanan ke Kem Bonsai...nak ke Kem Bonsai ni mencabar mental jugak...boleh dikatakan semua mengah nak menyampaikan ke sini. Dari Kem Bonsai kita boleh nampak trek nak ke bukit botak...mmg sayup treknya...rehat lebih kurang 5 minit group terawal meneruskan perjalanan ke Kem bukit botak...trek nak ke bukit botak pun mencabar juga sebab kawasan adalah kawasan terbuka...dimana semuanya pokok bonsai rendah...so hawa di sini agak panas sedikit...yg menyebabkan peluh byk keluar dan tekak cepat kering.

Group terawal sampai di Bukit Botak pukul 5.30 ptg. Mmg ramai pserta yg mental nak sampai ke bukit botak ni...sebab trek nya memang nampak tapi bila berjalan terasa jauh...adalah cerita yg ada peserta mengeluh...menangis..hehehe... utk sampai ke bukit botak ni...peserta terakhir sampai jam 7.30 ptg. So semua pun berehat, nak hilangkan keletihan...anyway yg bestnya peserta kita ni walau teruk masa trekking tapi bila sampai di kem semuanya akan happy malahan boleh bergelak ketawa lagi...itu yg saya respect tu...so malam tu tido di Kem Bukit Botak...hasrat nak tido di puncak tidak kesampaian sebab masa tidak mengizinkan.

Hari Ketiga

Pukul 5 semua dah bangun tido, bersedia untuk mendaki ke puncak Tahan. Tepat jam 6.30 kami memulakan pendakian ke puncak tahan. anyway tak susah pun nak sampai ke puncak tahan tu...hanya 25 minit jer....tapi bila sampai di puncak...nampak kepuasan pada muka setiap peserta...semuanya happy yg tak terhingga....setelah puas bergambar...kami semua turun semula ke Kem site pada jam 8.30 pg...untuk berkemas semula untuk menuju pulang ke Kem Kor...tepat jam 10.30 semua sudah berjalan turun ke ke Kem Kor.

Perjalanan kali ni banyak menurun..seperti biasa pit stop kami di Kem Kubang...ada peserta2 yg dah tangkap lutut sebab trek banyak menurun...setelah semua sampai di Kem Kubang kami pun meneruskan perjalanan ke Kem Kor...seperti biasa dalam perjalanan ke Kem Kor tu...kolam mandi telah dapat di kesan...mcm biasa ler...ahli kptm trekkers yg nakal2 ni pergi ler mandi kat kolam tu...siapa kepala dia tak perlu disebut...rasanya semua tahu...hehehe...sampai kena marah dgn guide ler...hehehe...anyway itu bukan masalah besar pun...sebab yg pergi mandi tu semua pengiring...hehehe...byk penglaman...tapi malam tu guide yg marah tu minta maaf semula...dan dia pun cerita lah perkara mistik yg pernah berlaku di kolam tu...anyway...mistik mcm mana pun...yg pasti kami dah puas terjun kat situ...hehehe...so malam tu bermalam di Kem Kor...masing2 sibuk menghabiskan ration...

Hari Keempat

Perjalanan pulang ke Kuala Juram...kali ni perjalanan tak lama amik masa 4 jam ajer...kalau yg laju tu ada yg amik masa 2 1/2 jam..sampai di Kuala Juram mcm biasa...geng nakal kptmtrekkers ni terjun di sungai yg dilarang mandi tu....hehehe...ketua dia siapa...jgn tanya...hehehehe...

Akhirnya cik liza pun sampai...sempat lagi masak tu...makan2...barulah boleh bergambar dgn banner...

Anyway trip tahan kali ni memang menyeronokkan...saya memang puas hati...letih dah menaip ni...dah lenguh jari...ada apa2 kemusykilan boleh tanya pserta xpdc yer...hehehe

wasalam
(Sham Otai)
Sesapa nak tengok gambo XPDC leh checkout this URL http://picasaweb.google.com/mspakngah/XPDCTahan

4 comments:

misz_A said...

hi tn hj, thanx for dropping by at my blog, just wondering how did u get there? thru google? if yes..the filler entry really worked! hehe...

misz_A said...

opss..i've linked my blog to your blog..

misz_A said...

http://miszsensei.blogspot.com/2008_02_01_archive.html

just updated that entry... kot2 la rindu nak tgk kawan2 lama...

doden said...

haloo...hafiz here.Thanks for upload the pictures.Thank you.Enjoy kenal dengan korang semua.Walaupun sakit hati kamera tertinggal.Tq very much.Terima kasih kepada semua yang bagi kerjasama dan sokongan.Once again, tq very much...