Friday, January 30, 2009

Mari Ketawa ... untuk hilangkan tension

CIUM ISTERI
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan
berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?

BUNUH SETAN
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu (bersetubuh) kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami 'yer kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil senyum ketawa... Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami menjawab : 'takpe...tunggulah malam'.

Esoknya si isteri berkata lagi : 'Banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' ... Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... '. Si suami tiba-tiba naik marah dan berkata ... 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'


PAK PANDIR
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, 'Lembik...macam taik..' Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam taik.'

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

KEK HARI JADI
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah, kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.

Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS.
SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.


1 comment:

Neeza Shahril said...

hahahaha!!! sakit perut saya gelak..
dah lah baru belah perut ni..
tapi it really make my day.. :))