Thursday, January 22, 2009

Apa itu POLITIK ?

This I received thru e-mail from a colleague. Done a bit of minor editing here and there supaya jadi lebih spicy. Baca lah sampai abis ... huhu ;)

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia (bibik).

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si Ayah, "Ayah, apa itu politik?"

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu.

Jawab Ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, Ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi Mama adalah kerajaan. Bibik kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak.

Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya untuk memberitahu bahawa adiknya itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur.

Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dilihat nya si ayah sedang khusyuk 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu.

Akhir sekali si anak terpaksalah menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si Ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang berselera makan selamba jer menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?"

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang jer menjawab...

"Ketika kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja dengan rakusnya. Akibatnya rakyat diabaikan, dan golongan masa depan bergelumang dengan tahi ! Itulah politik".

Kuang kuang kuang !!!

3 comments:

An-Nimr said...

good one bro..kerajaan asyik tido...hahaha

Anonymous said...

hahaha... sinis tapi ada isinya cerita itu..

frm Nira

Anonymous said...

good one Mr Safian...itulah hakikat yang sebenarnya...persoalannya BERANIKAH kita mengubah keadaan ????